Beli online dan Menang Reel dan Rod Shimano - 1StopFishing
Shopping Cart

YEAR END CAMPAIGN

Kempen beli online dan menang ini dibuat khas bagi menggalakkan pelanggan 1stopfishing untuk menggunakan laman web supaya anda boleh mendapatkan maklumat seperti harga, bilangan stok dan spesifikasi tentang produk-produk yang ingin dibeli dengan lebih mudah dan pantas.

Cara menyertai kempen ini sangat mudah, anda hanya perlu membuat pembelian minima melalui www.1stopfishing.com dalam tempoh kempen untuk berpeluang memenangi hadiah lumayan daripada Shimano yang ditaja khas oleh Shimano Malaysia dan OFT Pancing.

Hadiah Utama

  1. 1 unit 15′ Shimano Aldebaran 51
  2. 1 unit 16′ Shimano Scorpion 71L
  3. 1 unit 14′ Shimano Baygame 301

Hadiah Mingguan

  1. 3 unit 15′ Shimano Bassterra EV S56M
  2. 3 unit 13′ Shimano Catana 2500FC
  3. 3 unit Shimano Tacke Bag

Hadiah Istimewa Pelanggan Shimano

  1. 1 unit 19′ Shimano Bassterra XT 1610M
  2. 1 unit 15′ Shimano Ultegra 166M
  3. 1 unit Bassterra S65MH

Uji Kemahiran Casting Anda di The Tomanz

Setiap penyertaan kempen akan diberikan baucar potongan 50% untuk memancing di tasik The Tomanz di Unisel Bestari Jaya, Selangor. Tasik The Tomanz adalah spot tangkap dan lepas bagi spesis toman. Sepanjang kempen beli dan menang ini, pelanggan yang layak mendapat baucar akan berpeluang memenangi reel Daiwa dan Bossna dengan bertanding tangkapan toman yang paling berat sepanjang kempen ini berlansung. Berikut adalah hadiah bagi pertandingan ikan terberat.

Hadiah Tangkapan Toman Terberat

  1. 2 unit 19′ Daiwa Tatula 2000D-XH
  2. 1 unit Bossna Arreat C-Lab 2000

Terma dan Syarat

  1. Bermula 31hb Oktober sehingga 31hb Disember 2021, 1stopfishing akan melancarkan kempen beli dan menang khas untuk pelanggan yang membeli di laman sesawang www.1stopfishing.com.
  2. Terdapat 3 hadiah utama, 9 hadiah mingguan dan 3 hadiah istimewa bagi pelanggan yang membeli barangan jenama Shimano.
  3. Untuk melayakkan diri bagi cabutan akhir tahun, pelanggan mestilah membeli dengan harga barangan minima RM100. Pembelian di laman sesawang www.1stopfishing.com sahaja akan layak untuk menyertai kempen.
  4. Bagi pelanggan yang membeli di kedai, masih boleh menyertai kempen ini dengan melakukan pembelian melalui laman sesawang dan pilih ‘self pickup’.
  5. Setiap gandaan RM100 dari jumlah barang yang dibeli, pelanggan akan diberikan satu (1) penyertaan. Tiada had penyertaan ditetapkan bagi kempen ini.
  6. Pelanggan yang layak menyertai kempen akan diberikan baucar potongan 50% bagi yuran memancing di The Tomanz sepanjang tempoh kempen.
  7. Pelanggan yang menyertai pertandingan casting di The Tomanz sepanjang tempoh kempen akan berpeluang memenangi hadiah bagi tiga (3) tangkapan terberat. Penyerahan hadiah bagi pertandingan casting akan diumumkan setelah kempen tamat.
  8. Pemenang hadiah utama dan juga hadiah istimewa bagi pembeli barangan jenama Shimano akan diumumkan selepas 31 Disember 2021. Manakala, pemenang hadiah mingguan akan diumumkan pada setiap hari Isnin sepanjang kempen berlansung.