Cara Membuat Pesanan Di Laman Sesawang 1stopfishing.com Leave a comment

Bagi memulakan pembelian, buka browser anda dan isikan alamat laman sesawang kami www.1stopfishing.com, berikut adalah laman utama yang akan anda lihat.

Langkah pertama, tekan ikon carian

 

Langkah ke-2 : Taip kata kunci bagi barang yang anda ingin cari, sebagai contoh kami taip ‘Ryobi’, keputusan menunjukkan 38 produk dengan nama ‘Ryobi’. jika anda menggunakan carian dengan kata kunci yang lebih spesifik, lebih mudah untuk mencari produk yang anda mahukan.
Langkah ke-3 : Setelah keputusan carian ditunjukkan, anda boleh skrol dan lihat produk yang diingini

 

Langkah ke-4: Setelah jumpa produk yang diingini, klik pada tajuk produk tersebut. sebagai contoh kami memilih untuk membeli Ryobi Nova II.

 

Langkah ke-5: Setelah klik tajuk produk yang diingini dari keputusan carian, anda akan dibawa ke halaman produk tersebut. Di halaman ini item yang mempunyai variasi atau saiz akan ditunjukkan, sila skrol sampai bawah untuk melihat saiz-saiz yang ada stok.

 

Langkah ke-6 : Skrol sehingga anda jumpa saiz yang diingini, harga, kuantiti stok dan berat barang disediakan. Semua bilangan stok adalah dikemaskini, tidak perlu PM kami tanya ada stok atau tidak, asalkan ada tunjuk bilangan dengan tulisan warna hijau, maknanya item itu ada stok di Shah Alam. Sekiranya tiada bilangan stok atau ditulis contact us, boleh PM kami untuk kami check jika ada di warehouse.
Langkah ke-7: Skrol sehingga bawah dan klik pada ‘specification’ untuk melihat spesifikasi setiap saiz.

 

Langkah ke -8: Setelah membuat keputusan, anda boleh klik butang ‘add to cart’ yang terletak di bawah saiz yang diingini.

 

Langkah ke-9 : Setelah klik ‘add to cart’ barang itu akan dimasukkan ke dalam cart. perhatikan simbol beg yang ditandakan merah di gambarajah atas, ia menunjukkan bilangan barang yang telah anda tambahkan ke cart. Anda boleh menambah barangan lain ke cart anda dengan mengulangi langkah-langkah sebelum ini. Jika anda ingin membuat bayaran, anda boleh menekan simbol beg di bawah dan ia kan membawa anda ke halaman cart anda di mana anda boleh periksa barang-barang yang telah di tambah.
Langkah ke-10: Di halaman cart anda akan nampak barang yang sudah ditambah dan harga keseluruhan barang. Jika anda ada kod kupon, bolehlah di isikan di ruangan ‘coupon’ dan klik ‘apply coupon’

Langkah ke-11: Setelah menggunakan kupon, harga akan dikurangkan mengikut diskaun kupon tersebut

 

Langkah ke-12: Anda boleh periksa kos pos bagi barang anda dengan memilih negeri dan tekan ‘update totals’

 

Langkah ke-12: Setelah berpuas hati dengan barangan anda, ‘klik proceed to checkout’

 

Langkah ke-13: Anda akan dibawa ke halaman checkout, di sini anda perlu mengisikan butiran maklumat anda. setiap ruang bertanda * adalah wajib

 

Langkah ke-14 : Isikan butiran alamat bil anda. Jika anda mempunyai alamat lain untuk penghantaran sila klik ‘ship to a different address’. Masukkan nota jika ada

 

Langkah ke-15: Skrol ke bawah dan anda akan nampak jumlah keseluruhan berserta penghantaran. pilih ‘self pickup’ jika anda ingin mengambil barang sendiri di kedai kami di Shah Alam.

 

Pilih Direct bank transfer jika anda mahu melakukan transfer ke akaun bank kami secara online atau mesin deposit tunai. klik ‘place order’

 

Halaman seterusnya akan menunjukkan harga yang perlu dibayar dan juga nombor bank akaun kami. Buat transfer tersebut dan kongsikan bukti pembayaran dengan menghubungi kami di whatsapp 011-55072638  atau PM kami di Facebook.

Leave a Reply